Saturday, January 23

KIAMAT JUMAAT??

RENUNGAN..
aidiladha 27/11/09 (JUMAAT),
maal hijrah 18/12/09 (JUMAAT),
natal 25/12/09 (JUMAAT),
new year 1/1/10 (JUMAAT),
maulidurrasul 26/2/10 (JUMAAT),
matiny yesus kristus 2/4/10 (JUMAAT),
wesak 28/6/10 (JUMAAT),
aidilfitri 10/9/10 (JUMAAT),
nuzul quran 27/8/10 (JUMAAT),
deepavali 5/11/10 (JUMAAT),
gerhana matahari ...15/1/10 (JUMAAT)...
tidakkah KIAMAT jge dikatakan pd hari JUMAAT..

Antara Manusia , MALAIKAT dan SYAITAN

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Friday, January 22

MENGIKUT NAFSU

PETIKAN DARI MAKALAH US UMAR M NOR DALAM MAJALAH SOLUSI

Pilih Keinginan atau Keperluan ?


Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab “Al-Zuhd” bahawa Umar bin Al-Khattab suatu hari berkunjung ke rumah anaknya, Abdullah. Tiba-tiba dia melihat sepotong daging di rumah itu. Dia lalu bertanya, “Mengapa ada daging di sini?” Abdullah menjawab, “Aku teringin memakan daging, jadi aku membelinya.” Umar lalu berkata, “Apakah setiap kali teringin sesuatu, engkau terus memakannya? Cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang, setiap kali dia menginginkan sesuatu lalu memakannya.”

Imam Ahmad juga meriwayatkan dalam kitab yang sama bahawa suatu hari Umar berjumpa dengan Jabir bin Abdillah yang sedang membawa daging dari pasar. Ia lalu bertanya, “Apa yang engkau bawa itu, wahai Jabir?” Jabir menjawab, “Ini daging. Aku membelinya sebab teringinkan hendak makan daging.” Sekali lagi Umar berkata, “Apakah setiap kali menginginkan sesuatu, engkau membelinya?”

Nafsu

Ucapan Umar Al-Faruk yang diakui Baginda Nabi s.a.w sebagai sangat pandai memilih kebenaran dan kebatilan ini adalah tepat untuk dijadikan panduan hidup. Beliau mengajarkan agar kita tidak menjadikan “keinginan” sebagai asas konsumsi melainkan “keperluan”. Sebab hakikat keinginan adalah nafsu serakah yang tidak mengenal batasan. Setiap kali diberi, ia akan meminta yang lain. Begitulah seterusnya sehingga jika selalu dituruti, ia akan menghantar manusia kepada gaya hidup mewah yang berakhir dengan pembaziran.

Sementara itu, asas keperluan intinya menjadikan akal rasional sebagai pembuat keputusan. Dengan kecerdasannya, akal akan memilih benda-benda yang penting dan yang kurang (atau sama sekali tidak) penting. Akibatnya, seseorang yang berpegang kepada asas ini dapat mengawal perbelanjaannya dengan baik dan selamat daripada kegawatan financial.

Prinsip ini memperlihatkan ketinggian fiqah Sayidina Umar. Sebab tidak terhitung anjuran Islam agar kita membangkang keinginan nafsu. Al-Quran bahkan menyebutkan bahawa sikap memperturutkan hawa nafsu merupakan gaya hidup kafir yang tidak selari dengan prinsip keislaman. “Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka.” (Al-Najm: 23)

Al-Quran juga menceritakan bahawa orang kafir menjadikan nafsunya sebagai tuhan selain Allah (Al-Furqan: 25). Jika begitu, membangkang keinginan nafsu merupakan persaksian tauhid yang sangat tinggi sehingga tepat ucapan Imam Sahl bin Abdillah Al-Tustari: “Allah tidak disembah dengan suatu amalan yang lebih baik daripada membangkang keinginan nafsu.”

Kisah tokoh Islam yang berkaitan dengan hal ini sangat banyak kita temui dalam buku-buku sejarah. Sayidina Umar, yang kisahnya membuka tulisan saya kali ini, terkenal dengan sangat pandai mengawal nafsu sehingga tidak pernah mencela makanan yang dihidangkan kepadanya.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Al-Zuhd bahawa pada suatu hari, pelayan Umar yang bernama Aslam berkata dalam hati: “Hari ini, aku akan membuat Umar mencela makanan.” Lalu dia menghidangkan segelas susu yang masam untuknya. Seketika meminum susu ini, wajah Umar berubah. Namun dia tidak mencela minuman itu, sebaliknya berkata, “Duhai betapa lazatnya rezeki Allah s.w.t.”

Anaknya, Abdullah bin Umar, sejak ditegur ayahnya tadi selalu meninggalkan sesuatu kerana Allah setiap kali mencintainya. Nafi, pembantunya, berkata, “Setiap kali Ibn Umar mencintai sesuatu dari harta miliknya, dia akan melepaskan sesuatu itu. Suatu hari dia menunggang seekor unta dan merasa sangat menyukainya. Dia segera turun dari unta itu dan berkata, wahai Nafi, lepaskan pelana ikatan unta ini dan jadikanlah ia korban untuk Baitullah.”

Prinsip hidup ini terus hidup dalam masyarakat Islam hingga berabad-abad kemudian. Ulama Baghdad yang terkenal, Sari bin Abdillah Al-Saqathi, pernah berkata, “Sejak tiga puluh tahun yang lalu, nafsuku selalu menuntut untuk (memakan) wortel yang dicelup ke dalam madu, namun aku tidak menurutinya.”

Balasan Meninggalkan Nafsu

Saya sedar bahawa ajakan untuk meninggalkan nafsu sangat ringan di lidah namun sangat berat diwujudkan dalam perbuatan. Apatah lagi hati manusia selalu berusaha memperoleh kelazatan sebanyak-banyaknya. Namun hal tersebut menjadi ringan sekiranya kita meyakini bahawa meninggalkan nafsu pada hakikatnya adalah menukar kelazatan kecil dengan kelazatan lain yang lebih besar.

Jangan salah faham. Saya tidak membicarakan tentang kelazatan syurga yang hanya boleh dinikmati selepas meninggal dunia. Insya-Allah kita akan mendapatkan itu juga nanti. Tetapi saat ini saya sedang berbicara tentang kelazatan “syurga dunia” yang dapat dirasakan sebelum nyawa kita berpisah daripada jasad. Ibn Athaillah al-Sakandari berkata, “Tuhan kita sangat pemurah. Tidak mungkin kita bekerja untuknya sekarang namun ia membalasnya nanti.”

Percaya atau tidak, anda dapat merasai balasan daripada amalan meninggalkan nafsu yang anda lakukan di dunia ini sebelum menerima pahalanya di akhirat kelak. Balasan minima yang segera anda rasakan adalah kenikmatan kembali kepada Allah dan berdamai dengan hati nurani. Ibrahim Al-Khawas berkata: “Barang siapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun ia tidak merasakan (kelazatan) balasannya dalam hati, bererti ia tidak jujur dalam meninggalkannya.”

Balasan lain yang sedang menunggu seperti yang dijelaskan oleh seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ubay bin Ka’b katanya: “Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu kerana Allah, melainkan Allah akan memberinya sesuatu yang lebih baik daripada itu dari arah yang tidak disangka-sangka.” Ucapan ini diriwayatkan oleh Ibn Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd.

Bagi pemuda yang suka melihat sesuatu yang haram, sila renungi ucapan sahabat Nabi s.a.w yang diakui ketinggian ilmunya ini. Lalu ditinggalkannya kerana kelazatan maksiat yang sedang menjerat itu hakikatnya membunuh anda. Dan yakinlah, kelazatan yang lebih besar (hanya Allah yang tahu apa bentuknya) sedang menunggu anda sebagai balasan yang Allah berikan kepada orang yang meninggalkan nafsu kerana-Nya.

Jika anda merasa seronok menghisap rokok, cubalah meninggalkan keseronokan ini kerana Allah. Nescaya keseronokan lebih besar dan halal akan menghampiri anda sebagai gantinya dari Allah.

Jika anda berasa nikmat mempraktikkan gaya hidup bebas daripada aturan agama tanpa hukum halal dan haram, sudah sampai saatnya anda merenungkan kembali kenikmatan itu. Jika ianya membawa kepada kenikmatan sebenar, sila anda memperturutkan nafsu anda hingga akhir hayat. Tapi jika anda yakin nikmat itu hanya akan berakhir dengan kesengsaraan, segera tinggalkan kenikmatan semua itu dan beralihlah kepada kenikmatan hakiki yang sedang menunggu anda.

Akhirnya,

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa yang meninggalkan sehelai pakaian (kerana dorongan) tawaduk kerana Allah, padahal dia mampu memakainya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan semua makhluk lalu membiarkannya memilih baju-baju iman yang dia kehendaki.”

Sering kali seseorang membeli sehelai pakaian bukan kerana memerlukannya untuk menutup aurat atau menjaga daripada panas atau sejuk. Dia membelinya hanya kerana pakaian itu pernah dilihatnya di dalam sebuah majalah fesyen. Begitu juga sikap sebahagian orang terhadap telefon bimbit, beg tangan, kereta, komputer riba dan aksesori lain yang mewarnai hidup kita. Hadis di atas menjelaskan balasan akhirat untuk orang yang bersedia meninggalkan kebiasaan buruk ini.

Akhirnya, sering-seringlah bertanya kepada diri sendiri ketika anda sedang memandang sesuatu benda di pusat beli belah, “Apakah saya ingin atau perlu membeli barang ini?” Lalu ucapkan kata-kata Sayidina Umar dengan jelas, “Cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang, setiap kali ia menginginkan sesuatu yang dia membelinya.” Wallahu a’lam.

DOA AGAR TERHINDAR DARI BERBAGAI KEJAHATAN

اللَّـهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ و رَبَّ الأَرْضِ ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى ، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالفُرْقَانِ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ ، اللَّـهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ ، و أَنْتَ َالآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ ، وَ أَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ ، إِقْضِ عَنَّا الدَّيْنِ ، وَأَغْنِنَا مِنَ الفَقْرِ

Ya Allah , Tuhan langit yang tujuh , tuhan bumi , tuhan arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhansegala sesuatu , pembelah biji dan benih , tuhan yang menurunkan taurat , injil dan al-Furqan ( al-Quran ) , aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang Engkau pegang ubun-ubunnya , ya Allah engkaulah yang pertama tiada sesuatu sebelumMu , Engkaulah yang paling akhir , tiada sesuatupun sesudahMu.Engkaulah yang Zahir , tiada sesuatu yang lebih hebat dariMu , dan Engkaulah yang batin , tiada sesuatupun yang tersembunyi dariMu , tunaikanlah hutang kami dan cukupkanlah keperluan kami .

Keterangan & Petua Beramal

Dalam hadith ini Nabi saw mengajar kita kepentingan memohon perlindungan dari dua kesusahan iaitu kesusahan hutang dan kemiskinan. Sebagai umat yang dinobatkan sebagai sebaik umat , kita harus peka kepada dua masalah ini yang kerap mengundang kesusahan dalam hidup . Ramai manusia terpedaya dengan cara hidup bermewah-mewah yang tak diperlukan hingga menyebabkan berhutang untuk urusan yang tidak diperlukan . Moga Allah mengurniakan kita dengan limpah kurniaNya agar terselamat dari musibah ini dengan berkat beramal dengan wahyuNya menerusi lidah Nabi saw ini .

dipetik daripada Kitab 101 Doa Daripada Hadis-hadis Sahih terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

DOA AGAR DAPAT MEMBAYAR HUTANG dari buku 101 petua murah rezki & jauhi hutang terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ


Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu.

Kisah di sebalik doa ini :

Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi , seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Sayyidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas. Sayyidina Ali memberitahunya jika kamu bermal dengan doa yang pertama di atas , engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung .

ISLAM

Perjuangan Islam ini suci dan ia tetap akan dipelihara oleh Allah swt namun perlu ada kesungguhan
dari setiap pimpinan dan anggota agar memastikan jamaah ini tidak
menjadi sarang golongan munafiqin untuk mereka bermaharajalela
melaksanakan agenda mereka

QARUN

Qarun adalah kaum Nabi Musa, berkebangsaan Israel, dan bukan berasal dari suku Qibthi (Gypsy, bangsa Mesir). Allah mengutus Musa kepadanya seperti diutusnya Musa kepada Fir'aun dan Haman. Allah telah mengaruniai Qarun harta yang sangat banyak dan perbendaharaan yang melimpah ruah yang banyak memenuhi lemari simpanan. Perbendaharaan harta dan lemari-lemari ini sangat berat untuk diangkat karena beratnya isi kekayaan Qarun. Walaupun diangkat oleh beberapa orang lelaki kuat dan kekar pun, mereka masih kewalahan.

Qarun mempergunakan harta ini dalam kesesatan, kezaliman dan permusuhan serta membuatnya sombong. Hal ini merupakan musibah dan bencana bagi kaum kafir dan lemah di kalangan Bani Israil.Dalam memandang Qarun dan harta kekayaannya, Bani Israil terbagi atas dua kelompok. Kelompok pertama adalah kelompok orang yang beriman kepada Allah dan lebih mengutmakan apa yang ada di sisi-Nya. Karena itu mereka tidak terpedaya oleh harta Qarun dan tidak berangan-angan ingin memilikinya. Bahkan mereka memprotes kesombongan, kesesatan dan kerusakannya serta berharap agar ia menafkahkan hartanya di jalan Allah dan memberikan kontribusi kepada hamba-hamba Allah yang lain.Adapun kelompok kedua adalah yang terpukau dan tertipu oleh harta Qarun karena mereka telah kehilangan tolok ukur nilai, landasan dan fondasi yang dapat digunakan untuk menilai Qarun dan hartanya. Mereka menganggap bahwa kekayaan Qarun merupakan bukti keridhaan dan kecintaan Allah kepadanya. Maka mereka berangan-angan ingin bernasib seperti itu.

Qarun mabuk dan terlena oleh melimpahnya darta dan kekayaan. Semua itu membuatnya buta dari kebenaran dan tuli dari nasihat-nasihat orang mukmin. Ketika mereka meminta Qarun untuk bersyukur kepada Allah atas sedala nikmat harta kekayaan dan memintanya untuk memanfaatkan hartanya dalam hal yang bermanfaat,kabaikan dan hal yang halal karena semua itu adalah harta Allah, ia justru menolak seraya mengatakan "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu karena ilmu yang ada padaku"

Suatu hari, keluarlah ia kepada kaumnya dengan kemegahan dan rasa bangga, sombong dan congkaknya. Maka hancurlah hati orang fakir dan silaulah penglihatan mereka seraya berkata, "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar."Akan tetapi orang-orang mukmin yang dianugerahi ilmu menasihati orang-orang yang tertipu seraya berkata, "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh…."

Berlakulah sunnatullah atasnya dan murka Allah menimpanya. Hartanya menyebabkan Allah murka, menyebabkan dia hancur, dan datangnya siksa Allah. Maka Allah membenamkan harta dan rumahnya kedalam bumi, kemudian terbelah dan mengangalah bumi, maka tenggelamlah ia beserta harta yang dimilikinya dengan disaksikan oleh orang-orang Bani Israil. Tidak seorangpun yang dapat menolong dan menahannya dari bencana itu, tidak bermanfaat harta kekayaan dan perbendaharannya.

Tatkala Bani Israil melihat bencana yang menimpa Qarun dan hartanya, bertambahlah keimanan orang-orang yang beriman dan sabar. Adapaun mereka yang telah tertipu dan pernah berangan-angan seperti Qarun, akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya dan terbukalah tabir, lalu mereka memuji Allah karena tidak mengalami nasib seperti Qarun. Mereka berkata, "Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa saja yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan karunia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)."

PENYEBUTAN QARUN DALAM QURAN

Nama Qarun diulang sebanyak empat kali dalam Al-Quran, dua kali dalam surah al-Qashash, satu kali dalam surah al-`Ankabut, dan satu kali dalam surah al-Mu'min.Penyebutan dalam surah al-`Ankabut pada pembahasan singkat tentang pendustaan oleh tiga orang oknum thagut, yaitu Qarun,Fir'aun, dan Haman, lalu Allah menghancurkan mereka.

"Dan (juga) Qarun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang luput (dari kehancuran itu).

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (al-`Ankabut: 39-40)

Penyebutan dalam surah al-Mu'min (Ghafir) pada kisah pengutusan Musa a.s. kepada tiga orang thagut yang mendustakannya."Dan sesungguhnya telah Kami utus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami dan keterangan yang nyata, kepada Fir'aun, Haman, dan Qarun, maka mereka berkata, `(Ia) adalah seorang ahli sihir yang pendusta.'" (al-Mu'min:23-24)

KURMA

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus,
serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57
peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah
ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga
yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya...
gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula
tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh
menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim
sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap
tubuh sebagai tenaga.

Search This Blog